facebook instagram

By Syaheera Young Rockie

  • Home
  • About
  • Kelebihan ahli
  • Pengedar
  • Harga produk
  • Contact: +60 19-347 4266


Dikemaskini pada 30 April, 2018  



*Apakah kelebihan malam Nisfu Sya’ban?*


Banyak kelebihan malam nisfu sya’ban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.

Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:

Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
Lailatul Baraah (malam pelepasan),
Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)
Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
Lailatul Syafaah (malam syafaat)
Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.

*7 KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN*

1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya:

Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.


2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda Rasulullahu SAW maksudnya:

pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan rahmatNyA dan para malaikatNya maka mengampuni Allah akan dosa-dosa hambanya.

Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar diserahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril, urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.


3. Daripada sayyidah Aisyah  berkata:

Malam nisfu sya’ban aku terbangun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya 



4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:

Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat.

Was-was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah. 

Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang,  Baginda datang dan berkata: ”tahukah kamu malam apakah ini?”

Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu

Berkata Baginda: Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.


5. Dari Naufal al bakali bahwasanya:

sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.


6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:

Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan  dihiaskan syurga. 

Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.


7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.


*FAEDAH AMALAN PADA NISFU SYA’BAN*

Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:

1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.

2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.

3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.

4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.


 Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..
Jika Engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkanlah aku di jalanMu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu.
Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu.
Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu...

Amin

Sumber: https://akuislam.com/blog/mauidzah/kelebihan-malam-nisfu-syaban/
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Jura makan nasi 2x sehari tapi masih turun berat. 


Betul la bila kita avoid oily foods, junk foods and fast foods mesti boleh lose weight dengan cepat!!


Sebenarnya Jura tak tau nak makan apa sebab nak elakkan makan makanan kedai.


Jadi kena jugak masak.


Dah kena masak jadi pening fikir menu. Last last nasi dengan telur pun jadi lah.


Jura tak diet. Sebab nak bagi body cukup nutrient untuk conceive.


Jura pun tak amal suku suku separuh. 


Jura bantai saja makan. Asalkan kenyang tapi sihat dan tanpa added MSG. 


Tiba tiba terkurus pulak sampai hilang berat 5KG


Rahsianya brown rice!!


1) Beras perang rendah glisemik indeks. Jadi gula dilepaskan perlahan- lahan menyebabkan paras gula tidak turun dengan cepat. Dan kita kenyang lama.


2) Nutrisi yang ada dalam beras perang adalah hampir sama dengan beras putih. Yang membezakan adalah kandungan serat, di mana kandungan serat dalam beras perang adalah lebih tinggi, menjadikan beras perang lambat sikit untuk dihadam. Jumlah kalorinya hampir sama juga.




Menu pantang Jura

 

Tapi....


Kalau anda terlajak makan, atau makan beras perang banyak, boleh gemuk juga. Tetapi, sebab ia mengandungi serat yang tinggi, anda dapat rasa kenyang lebih lama daripada memakan nasi putih.



3) Nasi perang juga sesuai dimakan 2-3 jam sebelum workout supaya anda dapat kumpulkan tenaga semasa work out.


Lagi kelebihan beras perang ialah kandungan vitamin, mineral, phytic acid, dan phytoestrogen yang berkurang dalam beras putih hasil daripada pemprosesan beras perang kepada beras putih 







Beras perang yang Jura makan sekarang. Jura beli kat Giant. Rasa macam nasi putih biasa je.

So, korang boleh jaga pemakanan dari sekarang. 

Mulakan dengan beras dulu, kemudian gula perang, tambah pulak garam organik.

Jura tambah juga dengan supplement untuk make sure badan cukup nutrien. Dan detox untuk keluarkan segala toksin dalam badan.

Jura amalkan Omega, Herblax dan Vivix. 

Dr Hamid Arshat pun suggest makan fish oil, multivitamin, Vit E dan Vit C. InsyAllah Jura akan konsisten makan untuk jaga kesihatan. 

YOU ARE WHAT YOU EAT 😊

Go organic 👍🏻
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Lepas operate, memang kita perlu pantang.

Tapi pantang ni banyak kepercayaan.

Pantang mak mak kita lain. Pantang doktor lain pulak.

Jura banyak ikut pantang Dr. Pantang mak pun Jura ikut jugak. Mana mana la yang korang selesa

Banyak debat pasal pantang ni. Tapi pantang ni khusus untuk kesihatan rahim sekali.


{Petikan dari FB Dr Hamid Arshat}

1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immuniti untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.

2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca quran 4-5 muka setiap hari.
Kurangkan pendedahan kepada toksin.
Jauhkan menghidu asap2 beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. 
Gunakan bahan2 organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorant.

3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll.
Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung - donut, kuei2, ice cream , chocolate dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

4. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah2 dan sayur2. Makan lebih buah2 tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll.
Saya galakkan makan ulam2 , sayur2 bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apple hijau, 2 carrot, 2 batang celery . Atau 1/4 buah papaya dan ¼ Nenas (khas sminggu dalam waktu haid). Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.

6. Sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.


Makan 2 biji telur separuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.

7. Makanan selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan karbohidrat. Makan buah2 atau segenggam campuran kacang2 almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

8. Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain2 jenis carbohydrate

9. Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. 
Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .
Gantikan nasi putih kepada brown rice.

10. Supplement yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habbatus sauda. Makan juga goji beri, lain2 jenis berries, spirulina, rumpai laut.

Jura amalkan supplement Shaklee saja. Boleh beli di website Shaklee > VITAMIN SEMBUHKAN LUKA

NAK CARI AYAM ORGANIK? BACA POST JURA

TTC love,
Syaheera

KLIK UNTUK DAFTAR JADI AHLI SHAKLEE!

Berminat untuk menjadi pengedar Shaklee dan sertai group Wonder & Great Team?

Anda boleh whatsapp Jura untuk belajar bisnes dan nikmati bonus bulanan.

FB : Syaheera Young Rockie
Instagram : @syaheerabeautyshop
YouTube channel : Syaheera Young Rockie
📲 0193474266 




Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Harini bangun pagi terus masak untuk bekal harini.

Sebab pilihan makanan organik kat kedai tak banyak.

Nak cari salad pun takde kat sini.

Jadi Jura bangun pagi masak brown rice.

Lauk ayam goreng kunyit.

Tak bagus sebenarnya makan yang digoreng. Tapi dah bosan makan sup dengan grill sebulan. 

1. Goreng dengan coconut oil
2. Ayam organik Az Zain.
3. Garam organik
4. Potong buah Sunkist

🐔Ayam organik ni maksudnya tidak menggunakan bahan kimia dalam rawatan atau makanan ayam tu. Kalau ayam makan dedak tu, dikira tak organik.
🐔Tiada vitamin dan hormon diberikan untuk cepatkan tumbesaran ayam.
🐔Harga agak tinggi dari ayam biasa kerana kualiti daging lebih sihat.
🐔Ayam organik hidup bebas dan menggunakan 60% daripada aktiviti hariannya untuk bergerak.


Ayam organik yang Jura makan ni brand Az Zain. Ayam dah dibasuh bersih dan dipack mengikut bahagian.

Korang google je Az Zain. Banyak cawangan seluruh Malaysia.

Dr Hamid Arshat suggest Jura jaga makan untuk TTC. Nanti bulan 5 ada appointment lagi dengan Dr.
Jangan lupa follow blog Jura tau.

TTC love,
Syaheera/Jura



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Officially habis pantang!

Pandai pandai announce habis pantang. Haha

Pantang sebulan tak habis. Kena jugak kerja. 

Harini Jura dah masuk rumah baru. 

Selepas 3 minggu berehat kat rumah Mak. 

Mak masakkan lauk pantang. Jura berehat secukupnya.

Semua benda orang tolong buatkan. 

Baju suami hantar dobi dan tolong lipatkan.

Jura cuma makan nasik dan rehat je 🤭

Thank you mak untuk 3 minggu ni. 

Semalam sempat mintak abah hantarkan pergi pejabat pos.

Rasa macam lama tak naik kereta dengan abah.

Thank you Kaklong jugak tolong belikan makanan untuk Jura terliur 😒

Thank you Nia and Awisy hilangkan rasa bosan Tiera kat rumah haha. Walaupun bising duk baloh sokmo. Sakit telinga Tiera 😂

Thank you husband tolong buat semua benda. Pakai stokin pun husband tolong. Kahkah. 

Alhamdulillah syukur ❤️
















TTC Love,
Syaheera 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments






Luka operation Jura dah okay. Pada yang bertanya khabar, Jura okay je.

Dah start kerja dah. 

Cuma kerja dari bilik rehat hehe.

Teringat masa lepas operate tu, tengah mamai lagi kesan sedation, mengadu sakit pada staff nurse. Staff nurse datang bawak hadiah suppository diclofenac. 

Tercalar maruah Jura kena sumbat ubat bontot 😝

After all, best sangat Hospital Pantai KL. Staff nurse baik betul. Asyik tanya sakit tak? Sakit tak? Berbelas kali tanya. 

Thank you staff Pantai Hospital KL.

Thank you mak & abah visit Jura walaupun kena drive jauh.

Thank you mak masakkan lauk pantang.

Thank you suami jaga Jura sepanjang tak sihat. 

Merasa la jadi princess 2 minggu.


Thank you ESP & Vit C & Vivix bantu luka sembuh cepat. 2 minggu dah kering luka. 

Alhamdulillah dah boleh slow slow jadi orang normal. 



A memory to remember 

❤️

NAK BACA FIRST APPOINTMENT JURA DENGAN DR HAMID ARSHAT?

BACA SINI 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum,

Harini Jura nak share DIY masker. Boleh buat kat rumah je.

Yang penting kena ada ESP.

Selain dijadikan sebagai minuman berkhasiat untuk kecantikan dan kesihatan dalaman, ESP juga boleh digunakan sebagai masker

Antara kelebihan masker ESP adalah:

🌸 menyegar dan melembapkan kulit wajah
🌸 memberikan kesan tona kulit sekata
🌸 mengecilkan liang pori-pori 
🌸 mengurangkan kesan parut jerawat




Masker ESP boleh dibuat bersama plain yogurt.

Cara-caranya adalah seperti berikut

1. 1/2 bekas plain yogurt

2. 1 sudu ESP

3. Campurkan kedua-dua bahan tersebut kemudian tambahkan sedikit air

4. Ratakan ke seluruh muka kecuali bahagian mata

5. Tunggu 10-20min atau sehingga kering

6. Bilas dengan air dan lap sehingga bersih



Lepas buat masker ni mesti kulit muka rasa licin dan bersih.

Nak dapatkan ESP harga promo?

Boleh contact Jura.

KLIK UNTUK DAFTAR JADI AHLI SHAKLEE!

Berminat untuk menjadi pengedar Shaklee dan sertai group Wonder & Great Team?

Anda boleh whatsapp Jura untuk belajar bisnes dan nikmati bonus bulanan.



FB : Syaheera Young Rockie
Instagram : @syaheerabeautyshop
YouTube channel : Syaheera Young Rockie
📲 0193474266 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Lepas setel operation, Dr Hamid Arshat suggest untuk amalkan cara makan yang sihat. Sebab endometriosis boleh datang balik kalau kita tak jaga makan and period masih haywire.

No processed foods

No oily foods

Tukar semua barang makanan kepada organik.

Organic bread.

non GMO peanut butter

Brown rice

Ayam organic

Biskut pun tukar pada organic.

Lepas 2 minggu pantang makan, berat turun 4 kg dan badan rasa lebih ringan.

Untung jugak makan organik ni. Cuma nanti bila dah keluar atau holiday susah nak jaga makan sebab takde choice nak makan organik pun kat luar. Atau pun senang makan yang vegetarian je.

Untuk yang ramai tanya kat mana nak cari makanan organik, ramai suggest I beli kat Aeon, Jaya Grocer, Giant.

Tapi I stay Kuala Terengganu, so choice agak limited. I pernah shopping di Happy Organic, Kuala Terengganu.

Lokasi di Wisma Tenang. Bangunan sebelah Seng Heng.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Daftar Jadi Ahli Shaklee

BELI ITEM SHAKLEE ONLINE

Followers

INSTAGRAM

@syaheerayrockie

recent posts

Blog Archive

  • February 2023 (1)
  • July 2022 (1)
  • January 2022 (1)
  • March 2021 (1)
  • December 2019 (1)
  • November 2019 (1)
  • September 2019 (2)
  • July 2019 (1)
  • June 2019 (4)
  • March 2019 (3)
  • February 2019 (2)
  • January 2019 (2)
  • December 2018 (6)
  • November 2018 (8)
  • October 2018 (7)
  • September 2018 (7)
  • August 2018 (2)
  • July 2018 (5)
  • June 2018 (2)
  • May 2018 (3)
  • April 2018 (8)
  • March 2018 (9)
  • February 2018 (26)
  • January 2018 (11)
  • December 2017 (20)
  • November 2017 (14)
  • September 2017 (6)
  • August 2017 (20)
  • July 2017 (12)
  • June 2017 (6)
  • April 2017 (2)

Follow Us

  • facebook
  • google+
  • instagram

Tags

shaklee kuala berang (52) shaklee kuala terengganu (35) shaklee terengganu (26) bisnes with wng (24) tips kulit cantik (20) w&g (18) wng (17) TIPS (16) Tips Kurus (9) tips cantik (9) vitamin e (7) collagen (6) tips bisnes syeera (6) tips kulit jerawat (6) Promo (5) vivix (5) RESEPI (4) awet muda (4) shaklee independent distributor (4) tips bisnes (4) vit c (4) diet (3) skin care (3) tips diet (3) tips kulit sihat (3) tips makan secara sihat (3) tips umrah (3) BUSINESS (2) Ostematrix (2) Tips Atasi Morning Sickness (2) performance drink (2) tips marketing (2) Tips bertenaga (1) Vitamin Pregnant (1) meal shake (1) tenaga (1) tips anak demam (1) tips atasi ruam (1) tips baby gatal (1) tips hilang perut buncit (1) tips kekal cergas (1) tips mengandung (1) tips rambut sihat (1) tips raudhah (1) tips sihat (1) tips slim (1) tips turunkan berat badan (1) umrah (1) vitami mengandung (1)
Facebook Instagram
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with Reakwebs Team by Alia templateTemplates