Assalamualaikum.
Kak Jura nak start share pengalaman Kak Jura intermittent fasting (IF) di blog.
Tapi sebelum tu kena faham dulu apa itu intermittent fasting.
Intermittent fasting ni banyak jenis. Ada yang wet fasting. Maksudnya berpuasa tapi boleh minum air.
Ada dry fasting iaitu berpuasa tapi tak minum air langsung.
Kita aim nak bakar lemak dalam badan kita semasa berpuasa.
Berpuasa lebih 8 jam boleh mengaktifkan sistem Lipolysis (pembakaran lemak) untuk tenaga fisiologikal simpanan semulajadi. Lagi lama puasa lagi terbakar lemak!
Berpuasa secara amnya digalakkan oleh kebanyakan agama dan juga ahli kesihatan untuk beberapa perkara seperti:
• Mengoptimakan kesihatan
• Mengurangkan berat badan (berat lemak tanpa memusnahkan otot)
• Mengelakkan dari terkena penyakit kronik tidak berjangkit seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi
• Mengembalikan keadaan fisiologi kepada normal (detoksifikasi) dan melawan jangkitan kuman
• Mengawal emosi dan psikologi
• Pemulihan sel sel badan yang rosak (Autophagy)
Mula mula mungkin rasa tak tahan lapar. Kita makan dah berpuluh tahun tiba tiba kena puasa kan? 😋
Tapi berbaloi la kan. Kak Jura share gambar hari ke 13 intermittent fasting ⤵️
Masa ni baru hilang 2 kg tapi inch loss sangat ketara!
Jom la join Kak Jura diet. Nak baca lagi pasal intermittent fasting?