facebook instagram

By Syaheera Young Rockie

  • Home
  • About
  • Kelebihan ahli
  • Pengedar
  • Harga produk
  • Contact: +60 19-347 4266
Terengganu dah 524 kes sehingga 18 Julai 2018.
Semoga anak buah Jura dilindungi.
Harap ibu bapa kuarantin anak anak yang dah terkena HFMD.
Sebab HFMD merebak melalui contact dan droplets.
Dari hingus, air liur, najis boleh merebak pada anak anak lain.
Please be responsible to others.

 Antara tanda tanda HFMD : 


  1. Demam
  2. Sakit tekak 
  3. Sakit kepala
  4. Hilang selera makan
  5. Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  6. Ruam dengan vesikel pada tangan, kaki, dan kawasan diaper. 






Bagi menghalang sebaran virus HFMD, KKM menggesa orang ramai khususnya pengusaha dan penjaga kanak-kanak di taska / tadika / tabika / pra-sekolah untuk:
1. Sentiasa memastikan kebersihan premis terutama peralatan yang digunakan oleh kanak-kanak dengan membersihkan dan menyahkuman meja, kerusi serta alatan mainan kanak-kanak tersebut.
2. Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD. Kanak-kanak dengan gejala dinasihatkan untuk tidak hadir ke sekolah bagi mengelakkan jangkitan kepada kawan-kawannya.
3. Sentiasa mengamalkan kebersihan diri termasuk mencuci tangan selepas menguruskan seorang kanak-kanak sebelum mengendalikan kanak-kanak lain.
4. Membersihkan dan memastikan kebersihan tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin dan memastikan lampin pakai-buang dibuang dalam tong sampah bertutup.
5. Melaporkan kluster HFMD kepada pejabat kesihatan daerah berhampiran untuk tindakan kawalan dan pencegahan.

KKM juga ingin menasihatkan ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan HFMD supaya:
1. Meningkatkan kesedaran dan keupayaan mengenalpasti tanda-tanda penyakit HFMD pada kanak-kanak yang kurang sihat seperti tanda lepuh pada tangan, kaki dan mulut.
2. Memastikan anak berada di rumah dan tidak membawa anak ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.
3. Mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh.
4. Membersihkan permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin.
5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.

Basic H untuk mandian supaya cepat kering dan hilang keruping. Cuci rumah dgn basic H supaya kuman tiada dan tak menjangkit anak anak yang lain. Cuci juga mainan anak anak.

Herbal blend sapu supaya kulit tak gatal. Bila kulit kering, lebih gatal. 

Omegaguard Untuk kuatkan imuniti anak. Boleh masukkan dalam susu. Kulit cepat baik dan hilang parut. 

Mealshake Minuman untuk kuatkan ketahanan anak kerana penuh zat nutrisi. Baru badan boleh lawan virus dan cepat sembuh. Plus anak anak HFMD ada ulser dalam mulut. Selera makan kurang. Tapi mereka boleh minum mealshake yg tak panas supaya tak sakit mulut. Anak2 perlu tenaga dan zat untuk cepat sembuh. Mealshake paling sesuai utk anak yg tak mahu makan semasa HFMD.


BOLEH KLIK UNTUK ORDER -> http://jura.wasap.my


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Day 5 : Bye bye Hong Kong

1. Cross jalan depan Chungking Mansion. 
2. Turn right dan jalan straight ke bus stop. 
3. Naik bas A21 ke Terminal 2 airport. HKD33


Halal foods di Popeye Louisana di Terminal 1 airport. Korang boleh turun di Terminal 1 untuk take away food sebab di Terminal 2 takde halal foods.

Kitorang kelaparan sebab lupa nak google halal food kat airport.

Kena tunggu makanan dalam flight. 

Return kad and refund deposit Octopus card di MTR customer service, Terminal 2. 

Ni saja snap sebab stress kenapa la orang Hong Kong organized betul sampai siap sedia troli depan train. Susun straight pulak tu haha!


Make sure sampai airport awal sebab nak ke boarding gate kena naik 2 kali train. Kitorang awal pun still jadi orang last boarding! Nasib baik tak tertinggal flight. Fuhh!! Nasib baik!!!

So end of Hong Kong trip kami.

Seronok sangatttt. Except Chungking Mansion je tak best hehe. Jura rate 4.5 bintang dari 5 bintang! 

DAY 1 HONG KONG

DAY 2 HONG KONG

DAY 3 HONG KONG

DAY 4 HONG KONG

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Day 4 : Disneyland 

Kitorang pilih untuk pergi Disneyland last day sebab aim weekdays. Tak nak pergi weekend sebab crowded.

1. Naik MTR to Lai King station. 
2. Interchange to Tung Chung line at Platform 3. Turun kat Sunny Bay.
3. Interchange to Disneyland Resort Line at Platform 3 to Disneyland Resort. 



First time Jura ke Disneyland. 

Disneyland ni highlight of Hong Kong trip la kiranya.

DISNEYLAND TIPS :

1. Suggested pergi on weekdays supaya kurang crowded dan tak bazir masa di waiting line. Jura sampai pukul 9 pagi so tak perlu beratur panjang.

Ride buka pukul 10.30 am (bergantung pada perubahan). Sebelum tu korang boleh bergambar dengan Disney character. Untung masuk awal.



2. Check weather forecast. Jura ke Hong Kong musim hujan so Jura bawak baju hujan dan payung. Doa supaya tak hujan, alhamdulillah tak hujan langsung di Disneyland tapi panas terik.

Kalau bawak anak anak sediakan topi dan kipas kecik. Jangan lupa pakai sunblock SPF50 dari Youth hehe! 



3. Tak boleh bawa outside foods. Jura breakfast siap siap kat bilik sebelum keluar. Makanan kat dalam Disneyland memang mahal tapi big portion dan sedap! 

Kalau mahal tapi tak sedap pun rasanya habis jugak makan. Haha! 

Halal foods di Tahitian Terrace (Adventure Land) dan Explorer’s Club (Mystic Point). 



Nasi goreng share makan berdua HKD119 di Tahitian Terrace

Dinner tak share dah sebab lapar kemain. Haha. Nasi ayam panggang (kot) 


Nasi + ayam tandoori + chapati. Total dinner di Explorer Club HKD 268

Air mineral pun banyak jual kat dalam. Kalau nak jimat, ada water cooler di sebelah toilet biasanya.

4. First, korang boleh round theme park naik Disneyland train supaya boleh aim mana dulu nak pergi. Boleh turun train di Fantasy Land atau teruskan sampai first point balik.



5. Bagi Jura yang tak bawak anak ni paling best habiskan di Toy Story Land & Grizzly Gulch. Fantasy Land simpan last sebab kat sana ride yang relaks untuk budak budak.  Ambik guide map tu dan cross ride yang dah setel.




5. Plan your time. Jura setelkan ride yang hard core dulu baru relax hujung hujung masuk ride yang budak budak. 

First thing first, roller coaster! Tapi paling ganas pun RC Racer (Toy Story Land) & Big Grizzly Mountain Runaway  (Grizzly Gulch). Haha!

5. Make sure korang guna Fast Pass untuk save masa. Fast pass ni FREE je dan hanya certain ride je boleh guna.

• Scan ticket park kat fast pass machine.
• Machine akan keluarkan fast pass.
• Tengok masa untuk gunakan fast pass. (Contoh : 7.30 pm- 8.30 pm). So sementara nak tunggu pukul 7.30 pm ni korang boleh main ride lain. 7.30 pm korang terus ke ride yang selected untuk guna fast pass.
• Masa seterusnya untuk dapatkan next fast pass ada tulis kat kad tu. 
6. Download apps 'Hong Kong Disneyland Mobile App' untuk tahu show time dan info lain.

7. Download  Photo Pass app untuk tengok gambar korang naik ride. Kat sini boleh pilih gambar mana untuk print nanti. 

8. Mickey waffle!



Best gila Hong Kong. Dulu ingatkan Hong Kong kotor. Rupanya bersih!

Esok balik dahhhh.

NAK BACA LAGI?


HONG KONG DAY 1

HONG KONG DAY 2

HONG KONG DAY 3

HONG KONG DAY 5


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Day 3 : Macau


1. Jalan 10-15 minit ke Hong Kong Ferry Terminal melalui Nathan Road.
2. Beli tiket return ke Macau (Boleh pilih Turbo Jet or Cotai Jet). Tiket Cotai Jet return HKD386. 
3. Perjalanan 1 jam 
4. Sampai di Taipa Macau, naik shuttle bus ke tempat yang kita nak pergi. 

Shuttle bus free. Cari shuttle bus di luar ferry terminal. Contoh kalau nak pergi The Venetian, korang naik bas yang tulis The Venetian.


Macau tak perlu visa, just bawak passport. Ferry tu agak kuat bergoyang. Prepare ubat motion sickness, (Novomin or Veloxin) kalau korang mabuk laut.

Kat Macau ada The Venetian yang bangunan dia ala ala Venice. Ada gondola di tengah mall untuk feel Venice.



 Kat Venetian boleh try egg tart di Lord Staw Bakery. Sedap! 





Kat The Parisian ada Eiffel Tower. Boleh beli tiket untuk naik ke tingkat atas. Tapi kitorang just bergambar di tingkat 7. Jangan buang kupon dalam pamplet yang korang dapat di ferry. Ada kupon free untuk ke tingkat 7 Eiffel Tower. 




Sand Macau kitorang tak pergi. The Venetian and The Parisian pun dah cukup besar nak round. 

Kalau korang nak shopping seronok la kat Macau sebab banyak branded stores.

Husband beli bag je di Calvin Klein. Pastu kitorang relaks relaks je.

Last ferry around 10 pm kalau tak silap. Check balik timetable ferry k. 



NAK BACA DAY 1 HONG KONG TRIP

DAY 2 HONG KONG TRIP

DAY 4 HONG KONG TRIP

DAY 5 HONG KONG TRIP

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

The Peak Tram & Sky Terrace

Hari kedua hari yang kitorang cramp segala aktiviti kat Hong Kong.

Keluar awal sebab nak catch up the best lunch kat Masjid Ammar. Food hunting nombor 1 haha! 

1. Naik MTR dari Tsim Sha Tsui —>  Central station. Exit J2
2. Naik tangga ke ground level, belok kanan ke Charter Garden. Cari sign The Peak Tram. Jalan agak berbukit. 
3. Tiket peak tram beli kat Peak Tower tu HKD 99 return. Boleh beli kat airport siap siap tapi kitorang tak beli sebab masa tu kaunter tutup. 
4. Tiket Peak Tram (train macam Bukit Bendera) pakej sekali dengan tiket naik Sky Terrace. 

Dalam bangunan Peak Tower  tu ada Hard Rock Cafe, cafe, Madame Tussauds tapi kami tak masuk Madame Tussauds sebab nak enjoy Hong Kong view.




Suggested naik Sky Terrace pagi atau tengahari supaya view Hong Kong nampak clear dari atas. Gambar pun cantik.




Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre 

Masa untuk makan! Kitorang sangat lapar masa ni plus penat redah hujan nak cari masjid ni. Berbaloi baloi! 

1. Naik MTR ke Wan Chai Station
2. Google maps dan jalan kaki ke Masjid Ammar.
3. Option boleh naik tram double decker tapi kitorang tak jumpa sebab tengah hujan. 
4. Masjid Ammar belakang 7E. Dalam masjid ni ada islamic canteen yang serve halal dim sum.




Mind you, dim sum dia sedappppp. Kitorang makan mi, dim sum, dumplings, dan the best is glutinous fried dumpling, macam kuih bom tapi inti daging. Ya Allah sedapp.  






Kitorang spend HKD168 kat sini. Berbaloi dengan harga. Datang awal tau sebab dim sum till 3pm only. Pukul 1 dah habis makanan yang sedap sedap. 

Terus solat dan rehat kejap kat situ. 

Sneaker Street & Ladies Market

1. Naik MTR ke Mong Kok station, exit E2. 
2. Sneaker street ni best kalau korang yang suka kasut. Sederet street tu semua kasut. Adidas, Nike, Converse, New Balance, Crocs dan banyak lagi. 
3. Ladies Market jalan sikit je area situ. Boleh la beli souvenir kat sini.




Tips kat ladies market, tawar separuh harga. Kalau dia tak bagi, terus blah. Jangan tawar beria pastu tak beli. Nanti kena marah haha!

I tawar fridge magnet dari HKD120 jadi HKD65. 




Then kitorang balik guest house dulu mandi sebab Symphony of Light start pukul 8 malam.

Symphony of Light @ Avenue of Stars

1. Naik MTR to East Tsim Sha Tsui, exit J
2. Cari Hong Kong Space Museum, SOGO, Hong Kong Museum of Art. Tengah tengah 3 bangunan ni ada Salisbury Garden. 
3. Walk across Salisbury Garden dan korang akan jumpa Avenue of Stars.

Symphony of Light ni macam pertunjukan kat KLCC tu tapi sini guna lampu lampu di bangunan.

Pertunjukan diorang tak berapa best maybe sebab takde sound dan sekejap sangat. Tak sampai 10 minit dah habis. Best lagi KLCC punya haha! 

Tapi untuk sight seeing malam ok je. Jalan jalan kat taman. 



Gambar Google. Ala ala macam ni la pertunjukan lampu dia

DAY 1 HONG KONG TRIP

DAY 3 HONG KONG TRIP

DAY 4 HONG KONG TRIP

DAY 5 HONG KONG TRIP
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Daftar Jadi Ahli Shaklee

BELI ITEM SHAKLEE ONLINE

Followers

INSTAGRAM

@syaheerayrockie

recent posts

Blog Archive

  • February 2023 (1)
  • July 2022 (1)
  • January 2022 (1)
  • March 2021 (1)
  • December 2019 (1)
  • November 2019 (1)
  • September 2019 (2)
  • July 2019 (1)
  • June 2019 (4)
  • March 2019 (3)
  • February 2019 (2)
  • January 2019 (2)
  • December 2018 (6)
  • November 2018 (8)
  • October 2018 (7)
  • September 2018 (7)
  • August 2018 (2)
  • July 2018 (5)
  • June 2018 (2)
  • May 2018 (3)
  • April 2018 (8)
  • March 2018 (9)
  • February 2018 (26)
  • January 2018 (11)
  • December 2017 (20)
  • November 2017 (14)
  • September 2017 (6)
  • August 2017 (20)
  • July 2017 (12)
  • June 2017 (6)
  • April 2017 (2)

Follow Us

  • facebook
  • google+
  • instagram

Tags

shaklee kuala berang (52) shaklee kuala terengganu (35) shaklee terengganu (26) bisnes with wng (24) tips kulit cantik (20) w&g (18) wng (17) TIPS (16) Tips Kurus (9) tips cantik (9) vitamin e (7) collagen (6) tips bisnes syeera (6) tips kulit jerawat (6) Promo (5) vivix (5) RESEPI (4) awet muda (4) shaklee independent distributor (4) tips bisnes (4) vit c (4) diet (3) skin care (3) tips diet (3) tips kulit sihat (3) tips makan secara sihat (3) tips umrah (3) BUSINESS (2) Ostematrix (2) Tips Atasi Morning Sickness (2) performance drink (2) tips marketing (2) Tips bertenaga (1) Vitamin Pregnant (1) meal shake (1) tenaga (1) tips anak demam (1) tips atasi ruam (1) tips baby gatal (1) tips hilang perut buncit (1) tips kekal cergas (1) tips mengandung (1) tips rambut sihat (1) tips raudhah (1) tips sihat (1) tips slim (1) tips turunkan berat badan (1) umrah (1) vitami mengandung (1)
Facebook Instagram
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with Reakwebs Team by Alia templateTemplates