DAY 2 HONG KONG TRIP
The Peak Tram & Sky Terrace
Hari kedua hari yang kitorang cramp segala aktiviti kat Hong Kong.
Keluar awal sebab nak catch up the best lunch kat Masjid Ammar. Food hunting nombor 1 haha!
1. Naik MTR dari Tsim Sha Tsui —> Central station. Exit J2
2. Naik tangga ke ground level, belok kanan ke Charter Garden. Cari sign The Peak Tram. Jalan agak berbukit.
3. Tiket peak tram beli kat Peak Tower tu HKD 99 return. Boleh beli kat airport siap siap tapi kitorang tak beli sebab masa tu kaunter tutup.
4. Tiket Peak Tram (train macam Bukit Bendera) pakej sekali dengan tiket naik Sky Terrace.
Dalam bangunan Peak Tower tu ada Hard Rock Cafe, cafe, Madame Tussauds tapi kami tak masuk Madame Tussauds sebab nak enjoy Hong Kong view.
Suggested naik Sky Terrace pagi atau tengahari supaya view Hong Kong nampak clear dari atas. Gambar pun cantik.
Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre
Masa untuk makan! Kitorang sangat lapar masa ni plus penat redah hujan nak cari masjid ni. Berbaloi baloi!
1. Naik MTR ke Wan Chai Station
2. Google maps dan jalan kaki ke Masjid Ammar.
3. Option boleh naik tram double decker tapi kitorang tak jumpa sebab tengah hujan.
Mind you, dim sum dia sedappppp. Kitorang makan mi, dim sum, dumplings, dan the best is glutinous fried dumpling, macam kuih bom tapi inti daging. Ya Allah sedapp.
Kitorang spend HKD168 kat sini. Berbaloi dengan harga. Datang awal tau sebab dim sum till 3pm only. Pukul 1 dah habis makanan yang sedap sedap.
Terus solat dan rehat kejap kat situ.
Sneaker Street & Ladies Market
1. Naik MTR ke Mong Kok station, exit E2.
2. Sneaker street ni best kalau korang yang suka kasut. Sederet street tu semua kasut. Adidas, Nike, Converse, New Balance, Crocs dan banyak lagi.
Tips kat ladies market, tawar separuh harga. Kalau dia tak bagi, terus blah. Jangan tawar beria pastu tak beli. Nanti kena marah haha!
Then kitorang balik guest house dulu mandi sebab Symphony of Light start pukul 8 malam.
Symphony of Light @ Avenue of Stars
1. Naik MTR to East Tsim Sha Tsui, exit J
2. Cari Hong Kong Space Museum, SOGO, Hong Kong Museum of Art. Tengah tengah 3 bangunan ni ada Salisbury Garden.
3. Walk across Salisbury Garden dan korang akan jumpa Avenue of Stars.
Symphony of Light ni macam pertunjukan kat KLCC tu tapi sini guna lampu lampu di bangunan.
Pertunjukan diorang tak berapa best maybe sebab takde sound dan sekejap sangat. Tak sampai 10 minit dah habis. Best lagi KLCC punya haha!
Tapi untuk sight seeing malam ok je. Jalan jalan kat taman.
Gambar Google. Ala ala macam ni la pertunjukan lampu dia
0 comments