KURUS TANPA SENGAJA DENGAN BERAS PERANG


Jura makan nasi 2x sehari tapi masih turun berat. 


Betul la bila kita avoid oily foods, junk foods and fast foods mesti boleh lose weight dengan cepat!!


Sebenarnya Jura tak tau nak makan apa sebab nak elakkan makan makanan kedai.


Jadi kena jugak masak.


Dah kena masak jadi pening fikir menu. Last last nasi dengan telur pun jadi lah.


Jura tak diet. Sebab nak bagi body cukup nutrient untuk conceive.


Jura pun tak amal suku suku separuh. 


Jura bantai saja makan. Asalkan kenyang tapi sihat dan tanpa added MSG. 


Tiba tiba terkurus pulak sampai hilang berat 5KG


Rahsianya brown rice!!


1) Beras perang rendah glisemik indeks. Jadi gula dilepaskan perlahan- lahan menyebabkan paras gula tidak turun dengan cepat. Dan kita kenyang lama.


2) Nutrisi yang ada dalam beras perang adalah hampir sama dengan beras putih. Yang membezakan adalah kandungan serat, di mana kandungan serat dalam beras perang adalah lebih tinggi, menjadikan beras perang lambat sikit untuk dihadam. Jumlah kalorinya hampir sama juga.




Menu pantang Jura

 

Tapi....


Kalau anda terlajak makan, atau makan beras perang banyak, boleh gemuk juga. Tetapi, sebab ia mengandungi serat yang tinggi, anda dapat rasa kenyang lebih lama daripada memakan nasi putih.



3) Nasi perang juga sesuai dimakan 2-3 jam sebelum workout supaya anda dapat kumpulkan tenaga semasa work out.


Lagi kelebihan beras perang ialah kandungan vitamin, mineral, phytic acid, dan phytoestrogen yang berkurang dalam beras putih hasil daripada pemprosesan beras perang kepada beras putih 







Beras perang yang Jura makan sekarang. Jura beli kat Giant. Rasa macam nasi putih biasa je.

So, korang boleh jaga pemakanan dari sekarang. 

Mulakan dengan beras dulu, kemudian gula perang, tambah pulak garam organik.

Jura tambah juga dengan supplement untuk make sure badan cukup nutrien. Dan detox untuk keluarkan segala toksin dalam badan.

Jura amalkan Omega, Herblax dan Vivix. 

Dr Hamid Arshat pun suggest makan fish oil, multivitamin, Vit E dan Vit C. InsyAllah Jura akan konsisten makan untuk jaga kesihatan. 

YOU ARE WHAT YOU EAT 😊

Go organic 👍🏻

You May Also Like

0 comments