REVIEW : THE TAARAS BEACH & SPA RESORT, PULAU REDANG










Hai assalamualaikum semua!
Lamanya Jura tak update blog.

Atas permintaan semua, Jura share serba sedikit review The Taaras.

Taaras ni kitorang dah lama usha.
Resort ni taraf kayangan.
Retis dan dato datin je biasa tidur Taaras 😆

Bila dapat rentas daerah, kitorang plan nak holiday di Taaras sempena birthday Bang Jura.
Rupanya ada promo untuk rakyat Terengganu.
Call direct hotel dapat harga murah.

Special untuk orang Ganu

First time Tuah pergi pulau

1. Harga bilik
Harga paling marhaen room type CLIFF HILL DELUXE
online RM990
book direct RM450
GARDEN SUITE
harga online RM1290
Book direct RM550
Jura ambik garden suite then Jura upgrade ke cliff bay suite sebab nak sea view.
▶️ RM550 + upgrade RM400 = RM950/night
Kitorang book 3 hari 2 malam.

2. Review bilik
Jura paling suka bath tub hadap pantai.
Perghhh memang lena tidur layan jacuzzi dengan angin pantai.
Bilik luas dan semua berfungsi dengan baik.
Kalau rasa nak bilik level paling kayangan, villa paling mahal RM25,000/ malam 😝

Room type : Cliff Bay Suite

Living hall besar.


Sangat besar


Wake up to this view. Bilik kami nombor 263 ni view cantik. 
Ada yang dapat view tak cantik sebab ada pokok depan tingkap.


The viewwwww

3. Makanan
Makanan sedap.
Kadang kadang hotel 5 stars tapi makanan fail.
Makan kat Bayu Cafe pun sedap.
Korang bayangkan lah minum coffee tepi pantai. Aaaaa Jura sangat suka!
Cuma Bayu Cafe last order 9 malam. Sebab orang kita bukan jenis lepak tepi pantai sampai tengah malam. Setan banyok haha.
Tapi jangan risau restoran masih bukak untuk ala carte. Room service pun ada.
✨Recommended : Margarita pizza and BBQ grilled chicken sedap.

Layan hot chocolate tepi pantai 💕
Margarita pizza di Bayu Cafe.

Breakfast tepi pantai.

Dinner lepas mandi laut bersama upline, Kak N dan Master Naquib.
Thank you belanja kitorang.


Katakan lah korang tak nak makan makanan hotel, kat luar Taaras ada banyak kedai makan.
Ada jugak buat servis cod makanan.
▶️ Asmadi cafe
013-928 5002
Makan kat D’Rimba restaurant sedap jugak.

Makan di De Rimba. Sedap jugak layan mi basah seafood. 
Tuah tidur lena atas motor. Haha

Kitorang sewa motor RM60/ hari untuk round kampung.
▶️ Sewa motor
018-9097471
Seronok sangat!
A memorable experience. Tuah tidur atas motor. Haha.

Tuah happy sangat naik motor


Layan nasi ayam kat kedai kampung.Tenang je kampung diorang. 
Rumah kayu je. Kereta pun takde. 
Mostly guna motor.

4. Aktiviti
Korang boleh snorkeling, mandi pantai, mandi pool, round kampung, main ATV.
Ada kids play room, gym and spa. Ada jugak game corner yang boleh main congkak, carom, saidina.
Jangan risau.
Korang mesti tak sempat bosan.
Kitorang tak sempat snorkeling sebab ombak kuat. Not advisable untuk bawa anak snorkeling masa tu.


Ibu & Tuah

Air jernih sangat. So instagrammable!

5. Bot
Korang boleh book bot di merangjetty.com. Naik bot di Merang, Setiu.
RM60/pax
Jeti di Syahbandar tak banyak trip.
Rugi sampai lambat. Bayar mahal mahal mesti la nak enjoy to the fullest!
Sampai di jeti redang, boleh call van Taaras untuk pick up.
Perjalanan hanya 10 minit dari jeti ke Taaras.
Nak book bot Taaras pun boleh.
RM130/pax.
Check in pukul 3 pm.
Tapi Jura suggest jangan ambik bot lambat sangat.
Sebab bot pun boleh delay.
Kalau air surut, bot akan delay.
Perjalanan agak letih sebab cuaca panas.
Make sure bekalkan makanan dan air untuk anak anak.

▶️ Nombor staff jeti Merang
011-10559649
Tuah di Jeti Merang


Ibu & Tuah


Jeti Merang


On the way ke Redang ombak sangat kuat. 
Tudung pun nak tercabut haha!

6. Cuaca
Ombak agak kuat bulan ni sebab baru habis monsoon. Orang Redang share kalau nak datang Redang, the best is bulan September sebab laut tenang dan jernih.
September boleh repeat lagi untuk anniversary getaway 😍
Cuaca sangat panas.
Minum air dan makan vitamin C secukupnya.
Jura rasa nak demam walaupun Jura yang paling kurang main panas. Haha.
That’s all.
Sambil taip pun masih terasa gembira.
Self reward selepas penat berniaga dan dapat achieve target.
Jura rate 9/10!
Tolak 1 bintang sebab ramai orang masa promo ni jadi kena angkat bag sendiri dan welcome drink pun kena request.
Semoga bermanfaat untuk korang.

Share untuk kawan kawan baca ok.

Sempat Jura attend virtual Shaklee conference

We will come again!


Boleh follow Jura di Facebook dan Instagram untuk follow story kat Redang.

FB : www.facebook.com/syaheerayoungrockie
Instagram : www.instagram.com/syaheerayrockie





You May Also Like

0 comments