STEP BY STEP UNTUK SISTEM MAID ONLINE


Assalamualaikum semua. 

Untuk pengetahuan semua, Jura baru je ambik maid dari Indonesia.

Jadi Jura apply permit untuk bibik ni. Ada few kawan Jura yang ada bibik tapi takde permit. Tapi disebabkan bisnes Jura ni memerlukan travel yang kerap, jadi Jura rasa better buat je la permit ni. Kang kantoi susah pulak.

Hari tu Jura ada tanya agent, kalau nak minta agent buatkan dalam rm4000-4500 jugak. Mesti la ada charge sebab sistem maid online ni agak leceh.

Mula mula kena pastikan PRA (pembantu rumah asing) ada visa pass social visit yang 30 hari. Kalau pass social visit expired kena apply dulu pass khas (rm100) sebab kena ada valid pass untuk apply SMO. So cepat cepat la apply permit sebelum pass social visit dia expired supaya tak kena bayar RM100 tu.

Ok step dia adalah...

1. REGISTER DI MAID ONLINE 


Tak semua orang boleh apply. Ada syarat dia.

Macam Jura tunggu baby lahir dulu baru boleh apply. Korang baca la ek kat link tu. Panjang nak cerita.


2. ISI MAKLUMAT PRA




Lepas register di maid online, kena bawak maid pergi imigresen untuk pengesahan maklumat pass dan dapatkan thumbprint maid. 

Kat sini kena upload gambar kita sebagai majikan dan gambar maid. Tricky sikit nak upload sebab size gambar passport maximum size hanyalah 25kb. Guna converter online je untuk resize gambar.



3. FOMEMA



Boleh pilih panel klinik yang dekat dengan rumah. Bayaran online RM191. Lepas bayar kena print slip bayaran FOMEMA dan bawa ke klinik yang kita pilih di website https://portal.fomema.my/

Selepas 2-3 hari result FOMEMA keluar boleh proceed dengan step 4



4. UPLOAD DOKUMEN  

Part yang paling menguji keimanan sebab kena convert semua dokumen yang diminta tak boleh melebihi 250kb. Jadi kena resize semua dokumen.

-Sijil nikah
-Gambar Passport PRA muka depan, belakang dan pass terbaru maid
-Slip gaji 3 bulan terkini dan slip KWSP 
-Surat beranak anak berumur kurang 15 tahun


5.PROCEED PAYMENT JIKA PERMOHONAN LULUS


Lepas upload semua dokumen, tunggu 1-2 hari, cek dalam sistem maid online, akan update tulis untuk proceed dengan bayaran (permohonan lulus)

Terus buat online payment RM1375


6. CONTRACT OF EMPLOYMENT




isi borang dan matikan setem RM10 kat LHDN



7. INSURAN - FOREIGN MAID PROTECTION


Jura beli kat kedai insuran ZURICH valid untuk 2 tahun RM84.20

8. STIKER VISA EMPLOYMENT 

Lepas bayar, majikan kena pergi jabatan imigresen untuk dapatkan sticker VISA employment.

Dokumen perlu dibawa semasa dapatkan sticker
aa)    Passport PRA untuk tampal sticker VISA employment (maid tak perlu datang)
bb)    Contract of employment yang dah dimatikan setem
cc)    Insurance
dd)    Salinan IC majikan




Total damage untuk semua ni:
FOMEMA RM191
LHDN RM10
INSURAN RM84.20
MAID ONLINE RM1375

TOTAL: RM 1660.20




Harap dapat membantu korang yang bertanya.

Sila la kawtim dengan maid untuk pembahagian bayaran. Jura share 50-50 dengan maid. 

Terima kasih sudi baca. 

You May Also Like

10 comments

  1. banyak jugak procedure nk apply maid..

    follow blog ni

    ReplyDelete
  2. salam..maaf nak tanya,utk permohonan maid ni nanti mereka yang tentukan maid atau kita kena ada siap2 ye?

    ReplyDelete
  3. Jura ada kos lain lagi tak antara jura dan maid. contoh kos bawa masuk maid ke Malaysia atau sebagainya.

    ReplyDelete
  4. jura, maid mesti 45 tahun kebawah ke kalau nak apply permit ni?

    ReplyDelete
  5. Yang memerlukan khidmat permit atau pengambilan maid bole call no ni 0143815381.

    ReplyDelete
  6. Ini masih valid ke cara befini

    ReplyDelete
  7. Nak Tanya untuk second year kena apply lagi … the visa sampai setahun je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Permit kena renew setiap tahu ,fomema kena buat setiap Dua tahun

      Delete
  8. Thank u for the information. Sangat susah dapatkan informasi ini. Tq

    ReplyDelete
  9. Kalau Belum mahsun boleh apply ke?

    ReplyDelete