KENALI SIMPTOM ENDOMETRIOSIS
Jura ada buat mini laparotomy baru ni di Pantai Hospital Kuala Lumpur.
Day 3 post operation, Jura dah boleh mandi dan buang air sendiri walaupun husband masih tunggu depan toilet.
Jura okay je dah kurang sakit dan yang penting jangan layan sakit. Hehe.
A day before operation. Boleh la lepak lagi haha
Jom baca!
Awas jika ada tanda tanda berikut!
1. Senggugut yang semakin teruk, bermula sejak umur remaja dan tidak hilang lepas kahwin.
2. Senggugut dan tidak hamil selepas lebih setahun kahwin.
3. Senggugut dan hamil tetapi sering gugur diawal kehamilan.
4. Mengalami sakit atau tidak selesa waktu persetubuhan dengan suami.
5. Sakit pinggang khususnya waktu haid.
6. Perdarahan tidak tentu masa disertai sakit dibawah perut.
7. Senggugut atau perdarahan setelah lama tidak melahirkan anak dan umur dalam lingkungan 40an tahun.
8. Jika didapati rahim retroverted (kebelakang) bila discan oleh doktor pakar gynae , berserta tanda tanda senggugut dan sukar hamil atau sering gugur.
{Credit to Dr Hamid Arshat}
Kalau korang ada tanda tanda seperti di atas, boleh set appointment dengan doktor gynae tak kisah di kerajaan atau swasta.
Pesanan Jura, kalau dah kahwin lebih 2 tahun tapi belum conceive boleh follow up treatment dimana mana klinik fertiliti.
Kalau korang nak tahu macam mana prosedur di Klinik Dr Hamid Arshat, Jura akan ceritakan di next entry okay!
Stay tune.
0 comments