Tips Muka Putih Berseri
4 PETUA PUTIHKAN MUKA |
.
Ramai yang beranggapan bahawa kulit yang cerah itu cantik.Mungkin benar telahan itu,mungkin juga salah.
.
Tetapi bagi saya sendiri cantik itu subjektif dan setiap insan itu cantik.Baik yang hitam mahupun putih,kedua-duanya ada keistimewaan mereka yang tersendiri.
.
Hari ni saya ingin berkongsi mengenai 4 Petua Putihkan Muka dengan selamat dan mudah.Tetapi antara rajin dan malas sahaja.
.
Memang tidak dinafikan bahawa mempunyai wajah yang cerah membuatkan seseorang nampak lebih menawan.Jadi ini antara petua untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah.
.
Petua ini menitik-beratkan penggunaan ramuan bahan asli yg rasanya lebih baik daripada menggunakan krim pencerah yg kekadang mengandungi pelbagai bahan kimia yg kita tak tahu apa kesannya kepada sesetengah orang.
.
Tapi di penghujung POST ini ada satu Petua Rahsia yang mana menggunakan bahan moden tetapi selamat dan berkesan untuk di amalkan :)
.
Petua Mencerahkan Kulit 1
======================
.
Ambil dua sudu beras dan kisar hingga halus. Kemudian campur dengan satu sudu madu lebah bersama sedikit teh pekat. Gaulkan hingga kesemua campuran itu menjadi krim pekat. Sapukan krim tersebut pada wajah. Kemudian biarkan ia mengering dengan sendiri, setelah itu barulah dibilas dengan air hingga bersih.
.
Petua Cerahkan Wajah 2
.
Sediakan satu sudu kacang dan enam biji badam. Rendamkan kesemuanya dalam bekas berisi air panas dan biarkan semalaman.Kisarkan bahan-bahan tuh dengan blender atau tumbuk menggunakan lesung batu hingga halus pada keesokan harinya.Sapukan pada wajah dan biarkan selama setengah jam sebelum dibilas dengan air bersih.
.
Petua Mencerahkan Kulit Pada Wajah 3
.
Pukul sebiji telur ayam dan campurkan dengan satu setengah cawan minyak kelapa beserta satu sudu madu lebah. Kacau sehingga rata dan pekat. Setelah itu simpan dalam peti sejuk selama sejam sebelum disapu pada wajah. Biarkan selama setengah jam kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
Selamat Mencuba!! 😉
.
.
.
0 comments