MATA LEBIH MENAWAN

Salam & hye korang :)
Hari ni nak cakap pasal mata pulak. Kulit dah cantek, tapi mata macam panda 👀
Mata yang cantik boleh buat orang jatuh cinta taww gituu. Orang cakap dari mata turun ke hati. Sape nak pandang kalau mata letih, bengkak dan eyebag tergantung bawah mata tu.??

Sebenarnya ada cara yang boleh diamalkan dalam mendapatkan mata yang cantik dan bersinar ni. Jom ikuti petua ni bagi mengembalikan daya penarik matamu! Cewahhh

Tips 1
Sama ada anda mengenakan solekan atau tidak, mata perlu dibersihkan setiap hari. Gunakan pembersih khusus kerana mata adalah antara bahagian yang agak sensitif berbanding bahagian wajah lain.

Tips 2
Minum air masak secukupnya bagi mengelakkan bahagian keliling mata daripada kering dan berkedut. Keadaan cuaca yang panas atau dingin penyaman udara boleh mempercepatkan mata menjadi berkedut. Namun elakkan minum air dua jam sebelum tidur bagi mengurangkan terjadinya eyebag. 

Tips 3
Haaa ni kaedah tradisional korang boleh try seperti meletakkan uncang teh yang telah dipakai pada mata boleh membantu mata untuk berehat selain menjimatkan kos. Selain tu korang boleh guna ais dan sapukan di keliling mata juga antara kaedah yang dapat membantu melancarkan perjalanan darah.

Tips 4
Lakukan senaman mata dengan menggerakkan mata ke kanan, kiri, atas dan bawah dalam kiraan 5-12 saat bagi meredakan ketegangan di sekitar otot mata. Ia amat berkesan untuk korang geng office tu yang melakukan tugasan sepanjang hari di hadapan komputer.

Selamat bercuba korang!! Nak cantik mesti rajin!! 😉
.
.
FB : Syaheera Young Rockie
Instagram : @syaheerabeautyshop


Shaklee ID 1229335

You May Also Like

0 comments