TIPS MASUK RAUDHAH

Alhamdulillah dah sampai musim haji.


Teringat ingat pada bumi Makkah & Madinah. Kalau dimurahkan rezeki Jura nak buat ibadah haji di usia muda.

Sebab ibadah haji dan umrah ni sebenarnya memerlukan kekuatan fizikal. Jadi sebelum ke sana, boleh jogging untuk persiapan sebelum ke sana. 

Tips Jura bagi ni berdasarkan pengalaman sendiri. Kalau Allah izinkan, sangat mudah kita dapat solat dan berdoa di Raudhah sebenarnya.

Raudhah bermaksud taman syurga. Antara tempat mustajab untuk berdoa.

Moga Allah permudahkan.







TIPS MASUK RAUDHAH

1. Waktu untuk perempuan ke Raudhah ialah selepas subuh dan selepas Isya'. Jadi datang awal dan solat di saf hadapan.
 
2. Pintu yang paling dekat ke Raudhah ialah pintu 25 & pintu 29. Jadi usahakan masuk dan solat di pintu ini.

3. Pakai jubah dan tudung serba hitam supaya kita nampak seakan jemaah dari Arab. Jemaah dari Arab biasanya dilepaskan awal daripada jemaah lain. Elakkan pakai telekung putih. Sebab obviously telekung putih ni dari Indonesia atau Malaysia je.

4. Kawasan Raudhah adalah karpet hijau sahaja. 

5. Bila dilepaskan ke dalam, walaupun anda belum sampai ke karpet hijau, solat sunat dan baca Quran supaya masa kita terisi sambil menunggu.

6. Jaga wudhu' sebab kalau keluar ambil wudhu' anda perlu bersesak masuk semula. Boleh bawa botol spray wudhu' untuk berwudhu'. 

7. Masa paling tenang adalah tengah malam (lebih kurang 2 pagi) sebelum pintu Raudhah ditutup. Jadi boleh la baca Quran dulu di kawasan menunggu untuk melambat-lambatkan masuk ke Raudhah. Bila tengah malam, orang sudah makin surut dan petugas Raudhah pun takkan paksa anda keluar. 

8. Jangan lupa beri salam pada Rasulullah dan sahabat nabi.

9. Bila anda hampir tiba ke karpet hijau, amalkan berzikir dan berdoa. 

10. Bawa la kawan bersama atau boleh menyelit dengan jemaah Indonesia untuk sama sama kita hadang kawan semasa solat. Bimbang dipijak jemaah lain. Saya selalunya ke Raudhah seorang diri jadi saya akan cari jemaah Indonesia untuk menumpang group. 

11. Sampai di Raudhah, jangan solat di tempat lain kecuali saf hadapan. Tinggi possibility untuk ditolak dan dipijak. Kita nak elak perkara buruk berlaku.

12. Solat sunat 2 rakaat dan berdoa la bersungguh-sungguh.
 
13. Bertolak ansur dengan jemaah lain. Tapi kalau diorang berkasar, kita kena bertahan. Sabaaaar ya hajj.

14. Kalau nampak makcik naik wheel chair boleh offer tolong tolakkan sebab Raudah ada kawasan khas untuk wheel chair. Kat sini kurang jemaah dan takde tolak menolak langsung. 

Suasana di Raudhah boleh jadi sangat huru- hara. Sedih bila di ingat kembali. Tempat paling mustajab berdoa tapi jemaah bergaduh di Raudhah.

Kita jaga bahagian kita. InsyAllah Allah permudahkan. 

Ya Allah rindunya pada bumi Makkah & Madinah.

Semoga bermanfaat. Boleh share untuk kawan kawan yang akan ke sana. 

Love,
SuperJura 


You May Also Like

0 comments