TIPS PILIH TRAVEL AGENT UMRAH

Assalamualaikum, 

Lama dah weh saya nak share pengalaman umrah. Tapi asyik cari mood nak menulis.

Saya ke umrah bulan Mei 2017. Dari 9- 19 Mei 2017 bersama Yaskin Travel. 

Dah lama simpan impian nak buat umrah. Alhamdulillah Allah permudahkan jalan.

Masa nak pilih travel agent tu kena banyak buat research. Saya banyak baca blog dan tanya kawan kawan yang pernah pergi umrah.

Tapi apa pun kita anggap je la kekurangan travel agent tu hanya dugaan kecik untuk kita. 

Kalau bukan dengan travel agent tu mungkin kita tak boleh sampai ke bumi Makkah dan Madinah. 

Cerita umrah part 1 ni saya ceritakan pasal kenapa saya pilih Yaskin Travel dulu okay? 

Antara sebab saya suka Yaskin Travel : 
1) Sebab saya lebih suka move in a small group. 

Yaskin group hanya ada 22 orang. Setiap kali nak ziarah atau nak berkumpul sangat la mudah dan tak ambil masa yang lama.

Lebih best lagi nak kemana mana cukup naik bas kecik tu je. Kalau naik taxi pun cukup 5 taxi je.

Even kitorang banyak jalan jalan luar dari aturcara sebab senang nak bergerak in a small group.

Sempat selit makan kambing bakar ramai ramai. Bestttt

Mutawwif yang bawa saya kali ni Ustaz Arifin. Seronok jugak dengan Ustaz Pin ni. Mula mula nampak skema tapi rupanya kelakar orangnya. 


 





 

2) Saya pilih Yaskin sebab Terengganu ada branch Yaskin. 

Jadi senang saya nak berurusan. Yaskin bagi 3 saiz bag. 
- Luggage besar
- Beg sederhana untuk bawa masuk cabin flight
- Beg silang untuk bawa barang semasa umrah atau ziarah

Dapat juga uncang kasut free hehe. Nanti saya ceritakan apa pentingnya bawak uncang kasut. 

Eh macam tu je sebab pilih Yaskin haha. 

Saya bagi 4.5 bintang dari 5 bintang untuk Yaskin Travel. 

Untuk orang Terengganu, pejabat Yaskin dia bangunan Kokitab sebelah Yayasan Terengganu. 

Antara tips pilih travel agent & pakej umrah:
A) Of course harga pakej. Pilih ikut kemampuan 
B) Ada extra charge tak untuk request bilik berdua untuk suami isteri 
C) Last due untuk payment untuk make sure sempat menabung 
D) Jarak hotel ke masjid. Kalau ada lebih bajet pilih la hotel 300m ke bawah supaya kita boleh balik berehat dan perjalanan pun tak jauh. Especially kalau pergi musim panas.  Garing kepala kena panas haha
E) Kalau berkumpul di KLIA, travel agent cover tak harga tiket ke KLIA
F) Kekerapan kelas persediaan ke umrah. Saya pergi sekali je kelas insyAllah okay je. Nak lagi faham belajar melalui Youtube supaya nampak gambaran sebenar di sana.
G) Akan turun di Madinah atau Makkah dulu. Penting untuk persediaan diri. Kalau dari KL -> Makkah perlu pakai pakaian ihram terus semasa berangkat.
H) Mutawwif pilihan. Ada orang dah ada mutawwif pilihan, tapi saya redha je lah. Cukup lah mutawwif boleh bagi ilmu dan tunjuk ajar sepanjang di sana.

Okay tu je kot setakat ni. Jumpa lagi next post!

Love,
Super Jura 



You May Also Like

0 comments