REVIEW : TANJONG JARA RESORT, TERENGGANU


Hai, assalamualaikum. 

Dah lama rasanya tak update kehidupan harian Jura. Asyik cerita bisnes je kan. Kadang kadang kepala nak relaks, kita tulis pasal percutian pendek baru baru ni pulak.

Korang pernah tahu tak Terengganu ada resort 5 bintang yang sangat best dan awesome untuk release stress!!

Actually ni kali kedua Jura stay di Tanjong Jara Resort. First time dulu masa 3rd anniversary Jura. Alhamdulillah tiap kali anniversary kami akan cuba go for holiday.

1st anniversary : Pulau Redang
2nd anniversary : Pulau Perhentian
3rd anniversary : Tanjong Jara 
4th anniversary : Cruising to Spain, Barcelona, Italy on the biggest ship in the world!
5th anniversary : PLEASE SUGGEST!

Yang best di Tanjong Jara ni ialah dia punya ambience and environment.

Bilik dia exclusive dan limited.

So takkan ada bunyi bising pun.

Yang dengar hanya la bunyi ombak. Tanjong Jara ada private beach, so orang luar tak boleh masuk ke pantai ni. Tenang sangat..


Jom tengok gambar bilik dulu.












Cantik kan bilik dia ala ala tradisional melayu. 

Aktiviti kat sini ada banyak tapi sebab kami datang memang nak rehat je, so kitorang do nothing! Haha!

Antara aktiviti yang korang boleh buat ada batik painting, ada melawat pusat penetasan penyu, boleh cycling, hiking and banyak lagi. Ada yang kena bayar, ada yang free ya.

Kitorang check in, rehat dalam bilik kejap. Petang terus ke pantai. Seronokkkkk. Lately busy sangat kerja sampai pantai pun tak sempat singgah. 


Rindu pantai

Aktiviti malam kitorang just tengok movie under the star. Staff resort pasang projector and kitorang tengok movie tepi pool. Hehe best gila!





Overrrr


Habis tengok movie, kitorang main carom. Haha throwback zaman kecik kecik dulu. 






Alhamdulillah memang 5 bintang kami bagi markah. 

The place where I feel so calm. 

Alhamdulillah alhamdulillah. Boleh buat annual visit ke Tanjong Jara sebab dekat je dengan rumah kami dalam sejam perjalanan. 

Harga korang boleh tengok kat Agoda or Trivago. Kitorang elak pergi cuti sekolah or public holiday. Harga dalam RM700 - RM1000+ bergantung pada bilik yang korang pilih.


Korang jangan lupa sebelum keluar rumah atau ke pantai, pakai moisturizer yang ada sun protection factor. Jura pilih Youth yang ada SPF50! Sesuai untuk musim panas sekarang. Seram nak keluar rumah tanpa SPF. Takut kulit jeragattt.


Dapatkan Youth sekarang!



Shaklee ID 1229335

💎Catalogue: @syaheerabeautyshop
💎Youtube channel : Syaheera Young Rockie
💎FB personal : Syaheera Young Rockie

You May Also Like

0 comments